Tuesday, February 16, 2010

RahSia KekaL BerSeri





KELIHATAN KEKAL BERSERI??
1. Untuk sentiasa kelihatan cantik menawan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

* Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
* Baca ” Ya Nur ” 1x
* Baca ” Ya Hadi ” 1 x
* Baca ” Ya Allah ” 3x


Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka kita setiap hari.

2. Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;

Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
Selepas baca ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.

*Kaedah ini adalah untuk rawatan dalaman supaya kelihatan cantik muda dan bertenaga luaran dan dalaman.


3. Bacalah surah al-Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur, nescara kita akan sentiasa murah rezeki dan mendapat ketenangan jiwa.

Sedikit tambahan info ;
Kepada yang selalu sakit kepala atau migrain tu, amalkan membaca ayat 19 dari surah al-Waqiah. Moga-moga boleh menghilangkan / meredakan sakit kepala yang dialami.


SIAPA yang tidak inginkan kulit yang sentiasa kelihatan muda dan cantik?

Ada beberapa kaedah yang boleh dijadikan panduan untuk membantu anda mendapatkan kulit diingini. Antaranya:

> Melindungi kulit daripada matahari cukup penting kerana ia membantu mencegah masalah penuaan kulit. Penggunaan bahan pelindung kulit sekurang-kurangnya bahan mengandungi SPF 15 berserta pemakaian topi atau kaca mata pelindung cahaya matahari boleh membantu mengurangkan masalah penuaan kulit.

> Elakkan merokok kerana kulit boleh terjejas akibat karbon monoksida dan nikotin dalam sistem peredaran darah sekali gus menghalang tisu kulit daripada memperoleh oksigen dan khasiat penting diperlukan.

> Rajin bersenam kerana ia membantu meningkatkan penampilan, membina keyakinan, membentuk tubuh dan melambatkan proses penuaan. Senaman juga membantu mengekalkan peredaran darah yang baik, menenangkan saraf dan membolehkan anda tidur lebih lena.

> Air cukup penting untuk mengekalkan kelembapan pada kulit malah kekurangan air daripada kulit salah satu punca kulit berkedut.

Seseorang yang memiliki gaya hidup sederhana memerlukan enam hingga lapan gelas air jernih dan bersih setiap hari tetapi cuaca panas serta senaman memerlukan seseorang meningkatkan pengambilan jumlah air.

Harus diingat, air seperti teh, kopi dan jus tidak dapat menggantikan fungsi air masak yang jernih ini.

> Pengambilan makanan juga harus seimbang di samping meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Makanan disertai vitamin C misalnya cukup elok untuk membantu membina kolagen dalam tubuh. Vitamin B juga penting kerana ia membantu mempercepatkan luka sembuh serta mencegah kulit kering, berkeping dan berminyak.

Vitamin A dalam sayuran hijau, buah-buahan dan telur membantu mencegah kedutan pramatang manakala vitamin D dalam susu membantu menangani petanda psoriasis.

> Bayangkan jika anda sering mengerutkan dahi atau muncung sepanjang hari, wajah lebih mudah membentuk garisan halus dan kedutan pada mata hinggalah ke bahagian mulut. Justeru, usah lupa tersenyum kerana ia baik untuk penampilan riak wajah yang menarik malah mungkin membantu anda kelihatan lebih muda.

WAJAH HALUS DAN GEBU
CUBA pegang pipi bayi, tentu lembut dan licin. Alangkah seronoknya jika anda juga memiliki kulit wajah yang begitu. Selain rawatan wajah di pusat spa dan kecantikan, petua nenek moyang kita juga mujarab untuk memiliki kulit wajah yang berseri, lembut dan gebu.

Ikuti beberapa petua di bawah:

- Asah jambu batu dan kemenyan dalam piring pasu dengan sedikit air. Air asahan perlu pekat supaya mudah melekat apabila disapu ke muka. Selepas disapu, biarkan selama 30 minit, kemudian cuci dengan air bersih.

Amalkan setiap hari. Selain melicin dan melembutkan kulit wajah, ia juga dapat menghilangkan parut jerawat.

- Cairkan satu sudu besar susu manis bersama sedikit air panas. Dengan menggunakan kapas, ratakan bancuhan itu ke seluruh muka. Biar kering sebelum dibilas.

Selain menjadikan kulit bersih dan halus, ia juga dapat mengelakkan kulit daripada ditumbuhi tompok-tompok hitam.

- Ambil segenggam daun pegaga. Tumbuk sehingga hancur dan campur sedikit air. Selepas itu campurkan bedak sejuk. Kacau sehingga sebati dan sapu pada muka setiap malam sebelum tidur.

- Ambil tiga sudu madu lebah asli. Campur dengan perahan air limau nipis dan kuning telur. Kacau bahan itu sehingga sebati dan sapukan ke muka. Biar kira-kira 20 minit atau sehingga kering sebelum dicuci dengan air bersih.

- Terung muda dibelah dua dan permukaan yang dipotong itu hendaklah digosok ke pipi dan dahi. Selepas habis digunakan, potong bahagian itu dan gunakan lapisan baru. Lakukan beberapa kali.

- Ambil segenggam pulut hitam. Goreng tanpa minyak sehingga garing. Tumbuk hingga halus dan ayak supaya mendapat serbuk halus. Bancuh serbuk halus itu bersama air. Kemudian tumbuk 10 helai daun jambu batu dan campur dengan bancuhan serbuk pulut hitam tadi.

Sebelum mandi, gosokkan bancuhan tadi ke seluruh badan dan muka. Biarkan 10 minit. Gosok dan terus mandi. Kulit akan terasa halus dan licin. Lakukan selalu untuk mendapatkan hasil memuaskan.

- Didih susu cair dan biarkan suam. Sapukan ke muka dan biarkan selama 10 minit atau sehingga kering. Selepas itu basuh muka dengan air suam.

- Ambil sehelai daun sirih yang sudah dibersihkan. Gosokkan daun sirih itu antara kedua-dua tapak tangan. Ia akan mengeluarkan air dan sapukan ke muka dan buat begitu beberapa minit. Kemudian basuh. Kesannya amat baik.

- Ambil cekur sebesar ibu jari. Giling sehingga lumat dan campur dengan bedak sejuk. Selepas itu sapukan ke muka dan biar selama 15 minit.

Apabila kering, gosok dengan kain putih lembap supaya kotoran di muka tanggal. Kemudian, bilas dengan air suam. Jika rajin mengamalkan petua ini, kulit muka menjadi licin dan tidak berminyak.

- Ambil kulit telur yang sudah dibersihkan. Kisar atau tumbuk sehingga halus seperti debu. Bancuh dengan bedak sejuk dan air suam. Sapukan ke muka yang dibersihkan. Sambil menyapu bedak tadi, urut kulit muka perlahan-lahan dengan lembut.


Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment